Sunday, April 24, 2011

Tentang Susu Ibu: About Breast Milk

Bismillah

Allahummasolli 'ala Muhmmad

Banyak yang saya masih TIDAK tahu tentang susu ibu or to be exact I still learning a lot about breast milk and breastfeeding.

Menyusu badan sebenarnya satu cabaran dan journey. Means that, ianya satu pelajaran. Mungkin ada yang anak pertama tidak dapat buat yang terbaik sebab kurang pendedahan, ilmu, persediaan penyakit etc. Namun paling penting we want to learn, improving ourself and do the best that we can. Tiga perkara ni paling penting dalam BF journey.

Sebab tu saya tak letak target sebab saya tahu ia mencabar. Saya cuma mahu buat yang terbaik so that there is no pressure. As much as breast feeding is good and important tapi Allah tidak membebankan. menyusahkan hingga mewajibkan. Ia hanya sunnah dan ibadah. Tidak sampai tahap wajib.

Cuma bila kita memilih UNTUK bekerja we want and have to do the best to provide the best to our children sebab menyusu itu tanggungjawab induk seorang ibu dan bekerja bukan tanggungjawab wajib seorang ibu (melainkan jika sang bapa tidak bekerja ATAU tidak memberi nafkah). Jadi bila bertembung di antara dua, maka kita memang kena berusaha keras untuk memenuhi tanggungjawab asas seorang ibu in the best way we can. Tapi jika kita dah berusaha, improving, belajar ada obstacle, don't put a lot of pressure on ourself. Lot's of other method to be a mother who try the best for their children, inshallah.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kita semuanya. Dan jika ada ibu yang sentiasa buat terbaik, usaha terbaik, belajar, improving themselves that is good enough.:)

Saya cuma berasakan as much as we are passionate about breast feeding we have to work harder and passionate on providing our children a good tarbiyah as well. In simple words, we have to work harder dalam memastikan anak-anak kita watch/read/listen/go to what Allah wants.

Well, that is crucial too and that what is most people tend to forget.

New facts about EMB today/ Cara tepat on how to thaw EBM:-

1) EBM frozen tidak boleh dicairkan direct terus dalam air suam/panas. Mesti dicairkan dahulu di chiller bahagian bawah freezer. Bak kata salah seorang ahli KIM."Perubahan susu yg mendadak pada EBM boleh memusnahkan sel-sel hidup & khasiat yg ada dlm susuibu."

2) EBM yang baru diperah dan diletakkan dalam storage bottles boleh dilalukan bawah air paip sebelum dipindahkan ke liner @ storage plastic untuk menyatukan lemak, susu dan air.

3) Tidak boleh menggoncang EBM sebab banyak sel hidup akan mati. Just swirl it around gently ATAU buat dua perkara di atas (no 1 dan 2) berdasarkan keadaan EBM i.e fresh or frozen.

4) Proses pencairan EBM frozen yang tepat ialah, letak bottle EBM yang frozen dalam bekas air biasa (bukan suam or panas) dan pindahkan ke chiller pada malam sebelum hendak digunakan. Dah cair betul baru letak dalam air suam.

Well, then. Ilmu baru dari sahabat-sahabat KIM. Terima kasih semua.

trivia:

EBM: Expressed Breast Milk

p/s: Tolong betulkan jika ada teknik thaw EBM yang salah. TQ

2 comments:

  1. Selamat ya sumayyah... Insya Allah yang terbaik. Apa2 pun menyusu memang best.kakma pun tak force diri, tetapi alhamdulillah susu masih diberi kepada Nisreen sampai sekarang. Cuma time susu kurang sgt, cuba bagi formula milk nisreen tak mau lgsung luah n tak buka mulut. Tu yg sedih tu. Jadi kena la buat apa juga bg tambah susu seperti kakma kena mkn byk (i dont like to makan sblm ni). Yg kakma perasaan kalau kakma makan sup daging susu byk sgt mcm dlm pantang. Solat hajat n taubat. Mcm2 lah jugak usaha.

    Tapi yg penting nak jadi kenangan, menyusukan baby memang boleh buat ibu menangis sama ada kesian, letih, sedih, gembira dan terharu. hehe alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Amin. terima kasih kak ma. Alhamdulillah saya masih dpt fully breastfeed fudhail sampai sekrang. Syukur pd ALLAH.Semua kembali padaNYA. Memang betul, jadi kenangan dan cabaran. Cabaran simpan stok etc.:)

    ReplyDelete