Wednesday, December 15, 2010

Mengisi Jiwa Di Saat Akhir

Bismillah

Allahummsolli 'ala Muhammad

Di saat-saat akhir ni, saya cuba memperbanyakkan bacaan Quran. Moga-moga dapat di habisi. Saya cuba melunaskan hak-hak dan amanah yang belum settle. Banyakkan baca kitab-kitab hadis dan tarbiyatul aulad. Sebelum ni macam-macam alasan yang menangguhkan.

Baby pula sangatlah aktif. Dalam bulan ke 5 lagi terlalu aktif. Sampai doktor yang check pun kata gitu. Saya sendiri selalu terkejut dan masa awal-awal memang kena sesuaikan diri. Tak tahu masa bila baby tidur.:)

Dalam detik-detik ni, akhir tahun Alhamdulillah kerja universiti hampir selesai. Cuma tak dapat dibayangkan masa tengah pulun tanda paper exam, hampir-hampir rasa nak terbersalin. Suami yang masa tu tengah sibuk kemas rumah pun risau. Rasa macam nak menangis janganlah ya Allah lagi sebab masih belum settle urusan kerja. Moga tidak memberatkan orang lain kelak. Masa tu berazam nak settlekan perkara:-

a) Habiskan al-Quran
b) Berlatih exercise i.e , latihan pelvic, breathing etc
c) Solat taubat banyak-banyak, hajat, hizib etc
d) Tunaikan hak pada manusia i.e bayar hutang, settle kerja/urusan
e) Minta maaf pada semua orang

Hampir nak pengsan rasanya masa tu rasanya sebab sangat penat ya Allah. Nak gerak badan pun dah tak mampu. Kertas banyak lagi nak tanda. Alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal baki-baki urusan universiti.

Menghadapi hari bersalin mesti dengan tawakkal dan penyerahan jiwa pada Allah. Semuanya di tangan Allah.

Moga-moga dimudahkan dan diberi kekuatan. Ameen.

Anak bukan hak kita. Hak Allah. Kita kandung, kita lahir, kita susukan, kita besarkan akhirnya dia akan membesar menjadi manusia kendiri. Mempunyai hidup sendiri seperti kita juga. Tugas kita segalanya hanyalah ibadah. Anak, suami bukan matlamat. Hanya wasilah ibadah dan ubudiyyah. Itu pesan Syeikh Rohimudiin dalam satu hadrah bersama beliau.

Harapan saya agar tidak rasa memiliki 'harta' Allah, agar anak dapat membesar menjadi dirinya sendiri dan menjadi hamba yang taat.

Ameen. Tolong doakan saya ya. Kita tidak tahu doa siapa yang Allah kira, ambil dan bantu kita. Manusia-manusia baik-baik, soleh dan taat mana yang akan membantu kita dengan doanya yang sampai pada Allah.

Semoga kesudian sahabiah mendoakan agar dibalas malaikat dengan doa yang lebih baik. Amenn. InshALLAH.

2 comments:

  1. insya Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan, ditenangkan jiwa, dilimpah barakah. masa bersalin, memang sakit, banyakkan beristighfar, mudah-mudahan jadi kafarah dosa.

    ReplyDelete
  2. Ameen. Ameen Allahumma Amin.

    Terima kasih Ummuauni atas doanya.

    ReplyDelete