Tuesday, September 15, 2009

Makaroni Bakar

MAKARONI BAKAR


Makoroni yang dibakar tahun lepas semasa Eid


Bismillah

Ramai mungkin pernah makan makaroni goreng. Bagaimana dengan makaroni bakar? Asas pembuataanya saya belajar di Mesir. Tetapi saya tidak pernah praktikkan di Mesir kerana ahlul bait saya sangat pandai memasak. Malu jika tidak menjadi. Di malaysia, saya telah saya tambah tolak sedikit resepinya. Suami sangat menggemarinya, tetapi beliau lebih gemarkan lasagna. Sebentar tadi, mak mertua minta emelkan resepi makaroni bakar. Mak mertua saya pandai masak. Banyak yang saya belajar dari beliau. Antara keistimewaan mak mertua saya adalah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak. MashALLAH, sungguh sedap dan menyelerakan. Kalau ada sahabat-sahabat pembaca yang ada tambahan bahan, atau resepi baru silalah berkongsi ya.:)

Resepinya

Makaroni-satu bungkus/satu setengah
Daging cincang/ayam/seafood
Mozarella Cheese
Telur-6/7
Bawang holland-dua biji. Dipotong dadu
Bawang putih-5 ulas
Bawang merah-5 ulas
Origano
2-Cili benggala-dipotong dadu
Cili kering
Garam
Tomato pure/sos tomato-dua biji
White sauce (pilihan/optional)
Garam
Tomato-dipotong dadu
Lobak merah-dipotong dadu/atau ikut citarasa
Daun pasli/bawang

Cara-cara

1) Rebus makaroni. Pastikan makaroni benar-benar masak hanya apabila ia tidak melekat. Pastikan juga ianya tidak terlalu lembut (overcooked).

2) Tumis bawang holland dahulu dan barulah masukkan bahan yang dimesin. (Mesin bawang besar, putih, cili kering hingga lumat). Tumis ke dalam minyak zaiton atau minyak biasa. Pastikan agak garing dan naik minyak. Kemudian masukkan daging cincang@ayam. Pastikan masak dan sebati. Masukkan tomato puree/sos tomato (agak-agak sahaja). Kemudian masukkan origano. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran termasuk cili benggala. Jangan terlalu lama kerana kita akan membakarnya nanti. Rasa dan pastikan ianya sesuai dengan selera dan citarasa anda.

4) Masukkan ke dalam bekas bulat/empat segi yang boleh di bakar. Pecahkan telur dan pukul yang tidak terlalu kembang. Masukkan telur ke atas makaroni. Gaul rata dan kacau sebati ke dalam makaroni.(telur itu yang akan menyatukan makaroni tadi). Jika suka boleh tambah white sauce. Tabur mozarella cheese ke atas makarono. Bakar pada suhu 160-170 dalam 15-25 minit hingga keperang-perangan dan garing.- Telur tu dalam 6-7 biji. Terpulang macam mana yang kita suka makaroni tu nanti. Kalau nak betul-betul bercantum, boleh letak tujuh. Kalau tak 6 pun boleh. Tetapi dia ada bau sikit.

5) Tabur daun bawang atau pasli.

2 comments:

  1. Salam Ustazah... Kalau tak keberatan boleh tak ustazah share resipi lasagna kegemaran ustazah.TQ

    ReplyDelete
  2. InshAllah.

    Nanti ustazah sharekan ya. Siapa ya ni?:)

    ReplyDelete