Wednesday, September 16, 2009

Feqhul Mar'ah: Beribadah Semasa Haid Di Bulan Ramadan

Bismillah

Allahummasolli 'alamuhammad Wa'alaalihi Wasohbihiwassalam

Salam kasih sayang buat akhwat, kakak-kakak yang saya kasihi di hati.

MUQADDIMAH

Hari ini sudah menginjak 27 Ramadan. Sebagai isteri, ibu, kakak, anak yang paling utama seorang wanita pasti pelbagai persiapan perlu dilakukan. Di sini saya ingin mengingatkan diri sendiri terutamanya juga sahabat-sahabat semua agar bijak membahagikan masa di pinggir Eid ini.

Tidak dinafikan, suasana, uruf atau adat rakyat Malaysia yang menjadikan Eid Fitri pesta segala pesta turut terasa tempiasnya oleh kita. Di sini letaknya kekuatan kita selaku mereka yang faham dan belajar.

Bersederhanalah dalam membuat persiapan agar rutin harian kita tidak terlalu mengambil banyak masa hingga hilang fokus untuk ibadah. Di saat akhir ini, kemuncak kepada penghulu bulan ini. Dalam kesibukan harian, Quran jangan ditinggalkan. Bijaklah mengatur masa dan keutamaan.

HAID DI BULAN RAMADAN


Timbul satu persoalan, bagaimanakah jika seorang wanita haid di Bulan Ramadan, maka adakah hilang segala keperluan untuk beribadah dan berdoa?
Tidak.
Sebaliknya, sekalipun seorang wanita itu haid dan dipanggil bukan Ahlil lil Ibadah oleh fuqaha' namun Nabi saw tidak menegah Aishah r.a untuk mengambil keberkahan malam-malam Ramadan.

Sekalipun tinggal dua hari sahaja lagi, janganlah berhenti dan putus berdoa kepada ALLAH. Bagi yang tidak boleh solat menurut Ulama' dan Fuqaha' masih boleh beribadah dan berzikir dalam kondisi yang diharuskan syara'.

Malah ada dipindahkan dan dikabarkan kepada kita melalui satu riwayat para Ummahatul Mu'minin juga bangun malam di saat mereka tidak boleh solat. Mereka meratib zikir dan berdoa kepada ALLAH memohon keampunan dan memburu lailatul Qadar. Bangunlah di tengah malam dan memohon ampun dan kekuatan penghambaan dan penyerahan sebagai hamba sekalipun kita sedang haid.

Ini adalah sirah para wanita terdahulu yang merupakan sebaik-baik wanita.
Semoga mendapat pengajaran bersama inshALLAH.
p/s: Akan disambung siri seterusnya, inshALLAH.

2 comments:

  1. haa...yg ni lah hari tu mak akak tanya akak...ttg bacaan2 khusus utk org dlm haid semasa dlm ramadhan. akak cuma boleh jwp, zikir, solawat dan istighfar. doa...cuma khususnya akak tak dpt beri.

    ReplyDelete
  2. Akum kak

    Afwan lambat memberi maklum balas. Tidak berkesempatan.

    Sunnah yang warid dari Nabi saw banyak. Namun doa yang disunnahkan di bulan Ramadan paling afdhal seperti yang kita dah tahu." Allahumma innaka affun karim ilakh akhirihi"

    Juga sekian banyak koleksi doa yang ma'thur dari nabi saw dan para sahabat sesuai diamalkan oleh kita semasa dalam tempoh ma'zurah.

    Doa yang ana suka menggalakkan baca adalah doa tasallul bilmahabbah yang sohih dari nabi saw.

    " Allahumma 'ainna 'ala dikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik".

    Allahua'lam.

    ReplyDelete