Thursday, March 29, 2012

Taxi dan Ihsan


77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. AlQasas


TAXI

Mungkin tidak ramai memikirkan apakah kebajikan dan kebaikan yang pemandu taxi boleh beri. Bahkan banyak. Cuma kita tidak terjangkaukan.

Bayangkan seorang ibu mendukung anaknya terkial-kial keseorangan. Seorang demi seorang pemandu teksi tidak menyanggupi menghantar si ibu kerana memikirkan kelecehan dan jarak yang membebankan.

Tetapi seorang lelaki budiman dan baik hati menyanggupi. Berapa banyakkah pahala yang diberi ALLAH, moga-moga dengan ikhlasnya di pemandu itu?

Itulah saya sebentar tadi.

Subhanallah!

Usai pulang dari UM, buat pertama kali pulang bersendiri. Suami oncall dan sibuk. Temujanji bersama dr ishak perlu dilunasi.

Bersyukurnya diri apabila kaki yang terenjut-enjut kerana berjalan dengan barang berat, buku, thesis phd dan anak seberat 12 kilo pergi ke satu taxi dan tavi yang lain tetapi ditolak permintaan. Akhirnya seorang pemandu menerima. Rupanya dia menceritakan tidak semua pemandu ingin menerima penumpang yang jauh jaraknya. Mereka target tempat yang dekat dan berulang.

Apapun. Syukur. Dapat merasa kesusuahan mejaga anak. Pahala dan ibadah di situ.

Moga anak membesar menjadi hamba yang taat. Bukan pada diriku seorang ibu.

Tetapi hamba yang taat pada KhaliqNYA.

Itu sahaja. Selebihnya, ku serahkan kepada pemilik hati dan jiwaku.

ALLAH.

Anakku Fudhail sudah 14 Bulan 2 Minggu. Begitu cepat masa berlalu.

:)

1 comment: