Saturday, November 6, 2010

Selamat Menuju ke Tanah Haram

Bismillah

Allahummasolli'ala Muhammad.

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK, LABBAIKALA SYARIKALA LABBAIK


Dua hari lepas kami berkesempatan menziarahi Kak Han dan Dr Roslan. Pasangan yang sangat kami hormati dan kami kasihi kerana ALLAH. Sejak di Terengganu, telah Allah temukan dengan pelbagai manusia yang baik hati dan dapat kami anggap ibarat keluarga.

Asalnya ramai sahabat-sahabat semasa belajar dulu menetap di Terengganu. Kak Izzati, Kak Shahida, juga bekas roomate di UIA, kak naemah dan kak jihah. Kakak-kakak sejalan dan seperjuangan di UIA dulu Kak Ikin, Kak Anis , tetapi kebanyakan mereka menetap di selatan tanah air. Tinggal bekas ahlul bait di Mesir, Kak Ayu. Namun jarang dapat bersua. Akhirnya Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat seperjuangan dalam Papisma Muslimat, Ilmam dan YAM. Kak Nazmah bekas exco HEWI Pmram dan ramai lagi.


Mereka-mereka yang membuatkan saya dan suami gembira dan selesa di Terengganu. Antaranya K.Han. Kemesraan dan rasa kekeluargaan sangat terasa bila bersama mereka.

Semoga Allah mengurniakan Haji Mabrur dan permudahkan perjalanan ruhaniyyah ini. Ada hikmahnya apabila dipanggil ALLAH saat ibu K.Han sedang sakit. Dapat saya rasakan walau mungkin tidak sama dengan mereka yang melaluinya apabila menziarahi pasangan ini tempoh hari. Semoga ALLAH bersama-sama mereka.



2 comments:

  1. bilakan pula giliran kita. pagi tadi sembang dgn suami dah nak nangis2 sebut org pergi mekah. meronta2 nak ke sana. mga Allah pilih kami berdua tahun depan. amiin.

    ReplyDelete
  2. salam sumayyah, selamat ye. Kakma di malaysia lagi 3hari balik sudan.

    Januari tahun depan ka, insya Allah selamat semua. Makan byk2 biar gemuk hehe..

    ReplyDelete