Wednesday, November 24, 2010

Breast Pump


Bismillah

Saya sedang survey beberapa barang baby. Antaranya breastpump, storage bottle, babywearing etc. Di bawah ni email respond kakak jepun-canada yang baik hati. Ramai sister-sister UIA yang sangat baik hati dan saya sayang walau saya ni banyak kelemahan. Di UIA lah saya kenal ramai sahabat-sahabat dari pelbagai negara, background, pemikiran berbeza TETAPI boleh terima each other dan saling menerima kekurangan/kebaikan masing-masing. Mereka-merekalah yang akan melihat kelemahan saya ni atau saling sama-sama melihat kelemahan masing-masing dan akan sangat ikhlas menegur dan bersahabat dengan cara yang sangat susah saya jumpa di tempat lain. Seriously they are all extremely great people.

Saja saya mempaste email ni. It made me clear about certain issues and it made my day.:) Terima kasih kak zack!:))


Untuk breast pump nih, yang made in canada ialah Medela. yang nih kalau kat malaysia rm1000 more expensive. Tapi akak kat malaysia pakai avent pump jer, kawan akak pula pakai safety first, ok jer. Cuma orang cakap, yang Medela nih lebih cepat la perahan, sesuai untuk ibu2 yang takder kat rumah dan banyak travel, so boleh perah banyak2 sesiap.

Tapi kalau ikut pengalaman akak dan kawan2, lebih baik beli breast pump selepas dah try menyusukan baby, sebab kebanyakan ibu2 terutama melayu nih, susu ibu insya-Allah mencukupi kalau kita breastfeed secara biasa. Jadi kebanyakan yang akak jumpa (termasuk akak) lagi senang dan cepat perah guna tangan jer. Untuk first and second suckle, kadang2 memang tak cukup tapi itu normal, baby waktu tu cuma perlukan amount yang sedikit sahaja susu ibu,sebab kandungan zat dalam susu ibu waktu lepas baby lahir sangat rich in protein, carbo etc (akak rasa Sumayyah tau, cuma nak highlight juga sebab biasanya kita ibu2 nih, still akan risau susu tak cukup, tapi keep on giving him breastfeed, insya-Allah ok. Waktu pregnant nih selalu massage breast pelan2, berdoa banyak2 agar Allah permudahkan)

Keduanya, ramai juga ibu2 yang last2 tak guna pun breast pump yang dibeli, Akak beli sebab akak tengah buat thesis dulu tuh, dan akak ingat akan travel ke universitii ulang-alik, tapi last-last akak cuma guna untuk sekali, dua sahaja sebab baby akak nak formula milk juga..sedih dan panjang juga ceritanya. Tapi breast pump tuh dah ler mahal, membazir saper pun tak guna.

Yang baby sekarang nih ada orang kasi breast pump juga tapi last2 tak guna juga, sebab akak kat rumah sahaja, so boleh breast feed anytime. Kalau nak keluar, akak breastfeed sesiap dan perah guna tangan ke dalam botol. Cepat jer. Yang baby second nih still exclusive bagi breastfeed, solid food baru nak perkenalkan. Risau juga tak cukup tapi kata doktor kat sini, kalau baby poo and pee bagus, at least 2 kali sehari poo waktu kecil, cukupla maksudnya. Boleh dengar bunyi dan nampak tekak dia menelan susu masuk.)

Ketiganya, kalau Sumayyah kerja, mungkin perlu kut, tapi akak sebenarnya klu orang tanya, akak rasa better tengok keperluan anak dulu. Sebabnya buat beberapa bulan tuh Sumayyah boleh ambil cuti kan? So susu sempat banyak, Insya-Allah. So kalau dalam masa beberapa minggu cuti nak habis cuti tuh, try perah banyak2, n try breastfeed susu ibu tapi guna botol, perah guna tangan dulu. Kalau tak cukup nanti baru beli breast pump.

Keempatnya, masuk bulan keenam selalunya kita perkenalkan bubur etc, solid foods, so diorang kenyang cepat. So kebanyakan ibu2 pakai breast pump tak sampai setahun pun.

4 comments:

  1. masa akak dulu, bp paling penting. Sebelum bersalin better beli. Sbb kalau start pam, dari hari ke 4, dah boleh buat stok susu. Kena bengkak susu masa pantang, bp la penyelamat. Kalau time pantang, baru nak cari, susah sbb suami tatau requirement kita. Bp ni kena survey2 dan compare. Akak nyusukan anak no 3 sampai 2 thn. Bp yg banyak berjasa sbb akak ftwm. Jenguk tip bf at my blog n bp review

    Salam kenalan
    limaunipis.blogspot

    ReplyDelete
  2. alamak, adih, malunyaaa...kawan akak cakap dia pakai breastpump manual jer pun ok jugak, takper nanti sumayyah tambah-tambah pendapat orang lain juga, tengok mana yang lebih kena dengan diri

    forum susuibu.com (dan facebook diorang) pun bagus jugak untuk info breastfeeding nih

    ReplyDelete
  3. wslm kak Aida. Itu yang saya plannya. Start simpan stok dari pantang lagi. Terima kasih atas perkongsian. Saya memang dah lama kenal blog akak tu.:)

    ReplyDelete
  4. Kak Zack,

    saya ada plan nak guna manual je i.e Philips Avent or Madela Harmony. Entahlah tak sure lagi. Saya ni undecive sikit. Terima kasih. Susuibu.com alhamdulillah memang banyak membantu dan saya yang tidak seberapa ni ada dalam panel dalam bahagian agama.

    Terima kasih kak zack. Again.

    ReplyDelete