Monday, October 18, 2010

PEMERIKSAAN TERBARU

HB

Pagi ini temujanji yang terbaru di klinik.

Tahap HB saya masih rendah. Doktor agak bimbang jika keadaan saya masih tidak berubah, maka saya akan dicucuk di bahagian pinggul.

Saya telah cuba menaikkan sebanyak mungkin kadar zat besi tetapi masih terlalu perlahan peningkatannnya.

Namun setiap ubat yang saya makan untuk membantu peningkatan zat besi akan menyebabkan excessive vomitting. Atas kereta, dalam ofis, dalam kelas tidak kira di mana.

InshALLAH, saya akan cuba menambahkan makanan berbentuk zat besi. Hopefully semuanya inshALLAH akan ok.

27

Rupa-rupanya saya telah hampir masuk bulan ke 7! Atau dalam kata lain 6 bulan setengah. Saya memang tidak kira sangat dan tidak ada jadual, kalender, widget atau apa-apa. Saya masih ingatkan di bulan ke 5 setengah. How ignorant of me.

Perkembangan bayi rasanya lebih pesat di bulan ke 6 ni menurut kajian. Otak bayi akan memaksimumkan penyerapan ilmu dan pendidikan. Jadi, saya perlu lekas-lekas menyiapkan diri agar lebih rajin membaca, beramal, solat taubah dll.

Dapat saya rasakan pergerakan bayi sangat aktif sejak sebulan setengah ini. Kadang-kadang saya terfikir bila waktu tidurnya? Sampai satu ketika saya terasa sakit juga akibat tendangan namun bersyukur atas kesihatan bayi yang normal. Subhanallah.

Suami saya berpesan, jika gerakan bayi kurang dari sepuluh kali sehari, maka cepat-cepat maklumkan pada beliau.

Jujurnya, saya banyak tertinggal perkembangan bayi ini. Seisi alahan yang agak teruk, Ramadan, serta fokus untuk perkara lain serta perkara-perkara lain memang mengalih perhatian saya. Sedar-sedar sudah masuk ke trimester ke tiga. Begitulah, perancangannya anak pertama ingin diberi perhatian sebaik mungkin namun perancangan Allah di depan kita. Sampai satu ketika saya terasa kasihankan kandungan saya apabila 4 bulan pertama saya seolah-seolah memang tak buat apa-apa kerana faktor alahan yang teruk dan perkembangan tubuh badan, hormon yang mengelirukan emosi. Rasa attach pada bayi masa itu pun agak kurang.

Perkara yang lebih saya tumpukan masa tu entah kenapa, interior rumah ibu, rumah baru, persiapan adik-adik dan world cup! Allahuakbar, kasihan kandungan saya.

InshALLAH, di masa berbaki ini saya akan cuba yang terbaik dengan kudrat yang ada.

Janin yang menjadi bayi ini bukan milik saya. Ia milik Allah, hak ALLAH dan amanah Allah.

Moga-moga diri yang dhoif ini dapat melakukan yang terbaik. Amin

5 comments:

  1. Sumayyah, tahniah :). moga selamat semuanya :)
    kalau akak link dari blog akak, boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak.:)

    Boleh, inshALLAH. Tolong doakan ya

    ReplyDelete
  3. Salam ukhti Sumayyah...

    saya doakan yang terbaik buat ukhti dan kandungan...Moga Allah mudahkan segala urusan...Moga ukhti, baby dan keluarga sentiasa berada di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah...Moga memperoleh bayi yang sihat sempurna, anak yang soleh/solehah, berjaya dunia dan akhirat...ameen Ya Rabb

    InsyaAllah,ada juga terfikir dan plan untuk menziarahi ukhti di Terengganu nanti...saya ajak sekali Kak Fakhzan! (^_^)

    Jaga diri baik2 ya ukhti...

    Salam
    -Faiza-
    Shah Alam

    ReplyDelete
  4. Wasalam

    Shukran for the visit and the prayer. I really appreaciated it. Ameen, ameen, ameen ya ALLAH.

    Jemput, mashALLAH ahlan!:)

    Sangat gembira dengan kedatangan antum inshALLAH.

    ReplyDelete
  5. sumayyah,

    semoga ukhti selamat dan sihat ye. dapat melahirkan dalam keadaan yang baik, gembira dan tenang. dah masuk 7 bulan ye. masha Allah sekejap je masa berlalu.

    Jaga diri baik2.

    *baru kesempatan melawat blog ukhti

    ReplyDelete