Thursday, April 1, 2010

Kita Hanya Hamba, DIA Pengaturnya

Bismillah


Allahumma solli 'ala muhammad wa'aalihi wasohbihi wasalam

Semester hampir berakhir. Pelajar semoga baik-baik sahaja.

Dalam beberapa minggu ni, saya rasakan saya on track again. Bukan mudah memupuk sifat kehambaan. Melaksanakan ibadah, nah itu jadi ritual. Solat tetapi ibarat rutin atau melangsaikan hutang. Namun seperti Syeikh Rohimuddin katakan, jadilah hamba yang sentiasa mencari Tuhannya. Seperti seorang tetamu di rumah tuan rumah atau pembantu rumah di rumah tuannya. Makin taat dan setia, makin didamba dan disayangi.

Syeikh Rohimuddin berbicara tentang makna Tauhid pada penESAAN mutlak pada ALLAH, penyerahan diri sepenuhnya pada ALLAH. Yakin dalam haqiqat yakin, semua perkara adalah tajalliyat sifat ALLAH. Menyembah ALLAH, untuk rasa nikmah ihsan dalam ibadah. Bukan hutang bukan memberatkan.
Terlalu banyak rasanya tidak terungkap.
Allahu, Allahu. Sekarang saya dan suami sangat bersyukur atas nikmah ALLAH. Sebenarnya, seperti yang Syeikh Rohimuddin katakan,
Tiada yang Tidak pada ALLAH. Semuanya berlaku atas izinnya walau pada zahirnya ia seakan menyakitkan atau tidak adil bahkan kezaliman sekalipun.

Saya tidak pernah membincangkan soal kehadiran cahaya mata. Malah, jarang sekali saya bualkan. Saya tidak menangis apatah lagi merendam rasa. Bukan kerana masih muda. Semua yang telah berkahwin tahu apa rasanya bila telah berkahwin tidak kira berapa lama masanya, tetapi belum dikurniakan zuriat. Samada umur muda atau tidak. Baru kahwin atau tidak.
Sudah pregnant is a big no-no untuk tanya. Setelah saya berkahwin, baru saya faham rasa itu.
Namun, saya serah pada ALLAH. Duduk sahaja di tempat yang ALLAH sediakan untuk kita.

Kerja kita taat. Ibadah. Amal. Bukannya ia wadah untuk dapat nikmah. Namun ia tanda kehambaan. Penundukan dan penyerahan yang kita tahu kita ni hanya hamba.
Semoga Allah sentiasa mengiringi RedhaNYA buat kita. Tanpa RedhaNYA (Menerima kita), kegembiraan apapun tiada ertinya.

3 comments:

  1. Salams,

    You have your one of the white nights aii?

    It shall pass, insyaAllah. Dont worry too much, sister, insyaAllah, the children will come.

    Please include me in your du'a as well! :)

    ReplyDelete
  2. Amin.

    InshALLAH, shall we pray for each other.

    Jzkllh.

    ReplyDelete
  3. salam k sumayyah,
    i love this entry. esp the part when you mention about performing solah as if we are settling our debt...

    something to ponder...

    have a great day ahead k sumayyah...
    jazakillah~^^

    ReplyDelete