Sunday, April 11, 2010

Apakah Yang Lebih Baik Dari...

Bismillah

Hari ini catatanku bermula dari hari-hari awalku menerima suamiku.

Aku bermula dengan jahil, tidak kenal rupa dan perawakan.

Hanya istikharah menjadi asal.

Tidak, ku tidak bersikap simplistik.

Sudah bulat-bulat ku serah diri.

Bukanku tidak tergugah dengan tasykik.

Namun aku berpegang pada janji. Telah mengikat dengan keluarga dan Allah.

Sekarang diri ini mendapati, tidak ada hadiah di dunia lebih besar dari anugerah si dia bernama suami.

Mungkin diri ini huduh, tidak wangi, berperangai on-off, malah dikumpul kekurangan sebagai manusia, suamiku masih menerimaku. Meneladaniku dengan penuh kasih sayang tidak berbelah bahagi. Membantuku menjadi manusia yang lebih baik. Mendidikku dengan kebijaksanaannya yang tersendiri. Tidak pernah sekali merungut atau mengatakan bosan. Kata-kata tidak baik tidak keluar.

Cintaku pada suami tidak seharum mana. Kadang-kadang gebu. Kadang-kadang hambar. Kadang-kadang penuh. Kadang-kadang kurang.

Namun suami berkata:-

Tidak pernah bosan saya dengan isteri saya. Tidak berkurang sayang dan cinta.

Aku menjawab:-

" Mudah sahaja berkata-kata. Itu sekarang. Kelak mungkin berubah citra dan rasa"

Jawab suamiku:-

"Tidak sekalipun diri ini berasa bosan. Apatah lagi berkurang cinta. Bertambah itu ada. Jika sekalipun ada peluang lain, hanya isteri ini sahaja yang ingin berkongsi hidup bersama."

Diri bersikap biasa-biasa sahaja. Nah, bagaimanapun ia tetap diserah kembali pada ALLAH. Bukan sandarnya ia pada manusia.

Terima kasih suamiku kerna sabar dengan kerenah ku sebagai perempuan dan isteri.

Sekarang baru aku tahu, cinta mungkin sahaja berubah-rubah. Ia harus digembur, baja dengan segala rencah yang pelbagai. Sebagai teori nampak mudah. Namun aplikasinya perlu bermain warna.

Warnakan cinta anda!

Apakah yang lebih baik dari apa yang Alllah dah tentukan buatmu?

Kerana akhirnya bukan suamimu, kawanmu, ibumu dan manusia apapun yang menjadi tempat tuju. Di depanmu makhluk. Di baliknya ada jalan menuju ALLAH.

Allahlah yang kita cari. Dengan perantaraan amal, dan beribadah menerusi khidmah da menunaikan hak pada makhluk.

Semuanya, ada jalan menuju ALLAH.