Ummu fudhail telah lama biarkan blog ini sendiri. Fudhail makin membesar dan (nakal= observant & mischievous)
Pejam celik, Fudhail khalifah kecil sudah semakin membesar. Dalam turun naik dan liku-liku perjalanan seorang Ummi, tak disangka anak makin lasak, membesar dan alhamdulillah sihat. Hampir dua tahun rupanya anak umi ini, selalu saya bualkan dengan sang suami.
Fudhail juga kira-kira kami rasakan sudah bersedia untuk berjalan dan merasai perkembangan baru sebagai toodler. Sebagai ibubapa, setelah berbincang dan disusunatur pro dan kontra development anak perlu diransang sebaik mungkin. Jika bersesuaian, maka kita tidak boleh terlalu restricted dan overly protective ataupun defensive dengan anak kecil. Walaupun mereka masih kecil, namun mereka adalah tetapi small man in this world henceforth, mereka punya citarasa, kehendak, perasaan ingin tahu yang mendalam dan potensi kreativiti untuk dikembangkan.
Oleh itu, travelling ataupun rehlah adalah salah satu daripadanya.
Islam tidak pernah menghalang dan keharusan ini tentunnya atas dalil dan nas yang terang dan nyata. Keharusan berziarah dan rehlah ini harus dilihat dari kacamata ibadah. Semua gerak langkah kita adalah ibadah.
Rehlah dan ziarah harus bermula dengan niat ingin menambahkan kecintaan dan mengukuhkan Tauhid kepada ALLAH. Untuk nilai tambah, jadikan melihat dan berehat bersama keluarga sebagai mengeratkan silaturrahim dan meluaskan pengalaman dan pandangan. Jika berkesempatan, ziarahlah para Ulama' dan saudara-saudara seislam. Agar jaringan ukhuwah makin luas dan kukuh.
Persediaan Travel Dengan Anak
Antara persedian saya sebelum travel ialah.
1) Survey the places first. Berdoa dan solat istikharah agar tempat yang dipilih itu terbaik untuk masa yang kita telah rancang. Contoh, cuaca, persekitaran dan masyarakat setempat.
2) Mesyuarat dan diskusi dengan suami.
Listkan persediakan dan bahagikan tugasan untuk perkemaskan perjalanan
3) Buat checklist dan update barang-barang yang perlu dibawa
4) Pastikan kesihatan dan stamina ibu dan anak konsisten sebelum rehlah
5) Sentiasa dapatkan pandangan dan pendapat mereka yang berada di tempat tuju
6) Rancang aktiviti anak semasa di sana con: Permainan, buku dan aktiviti bersama yang baru
7) Kenalkan anak dengan binatang-binatang atau perkara menarik yang akan kita jumpa nanti. Jadi, kegembiraan bakal berganda dan curiosity anak akan dapat dipenuhi.
8) Pastikan gadget, gear dan bekalan makanan anak kecil tersedia dan bersesuaian. Pastikan stoller, babywearing dan makanan yang dibawa sesuai untuk anak kecil.
Terakhir, tentunya tidak lepas berdoa dan melakukan solat-solat sunat agar urusan dan perjalanan dipermudahkan dan dipelihara. Niat dan hati agar sentiasa bergantung pada ALLAH serta safar itu adalah semata-mata ingin meningkatkan rasa kehambaan kepadaNYA.
Al-Imam Al-Shafei telah bersyair:
تغرب عن الأوطان في طلب العلى … وسافر ففي الأسفار خمس فوائد
تفريج هم واكتساب معيشةٍ … وعلمٍ وآدابٍ وصحبة ماجد
Leave your country in search of loftiness
And travel! For in travel there are five benefits,
Relief of adversity and earning of livelihood
And knowledge and etiquettes and noble companionship
• • • • •